BSN Micro/i Kredit Prihatin

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Geran Khas Tambahan bagi PKS (perusahaan Kecil dan sederhana serta Mikro). Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu PKS adalah Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin :

1. Apakah BSN Micro/i Kredit Prihatin?

BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19

2. Kelayakan untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah : 

  1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd 
  3. Dimiliki oleh Warganegara Malaysia 
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa 
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan 

3. Amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan? 

Maksimum sehingga RM75,000 

4.Tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin? 

Antara 1 hingga 5.5 tahun 

5. Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin? 

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.

6. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin?

0% 

7. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?

6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.

8. Dengan siapakah pelanggan boleh berurusan jika berminat untuk membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?  

Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional.

Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional

Sumber : BSN Malaysia

Leave a Reply