Program Subsidi Upah (Wage Subsidy)

Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020. Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.

Penambahbaikan Program Subsidi Upah (6 April 2020)
Kelayakan saiz perusahaan dan bantuan kewangan yang ditawarkan :


75 orang pekerja
dan ke bawah

RM1,200 sebulan setiap pekerja


76 hingga 200
orang pekerja

RM800 sebulan setiap pekerja


201 orang pekerja ke atas
(lebih 200 orang)

RM600 sebulan setiap pekerja

Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.

Cara Permohonan :
Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my mulai 9 April 2020.

Soalan lazim mengenai Program Subsidi Upah boleh didapati di link di bawah ini.

Sumber : Perkeso

Leave a Reply